Trip to İzmit

7:23:00 PM

Assalamualaikum w.b.t

      Lama x update blog. This time rasa macam nak update trip aku pegi İzmit dulu. Untuk kawan-kawan Malaysia yang nak tahu İzmit ni satu bandar yang x jauh dari İstanbul pun. Pernah dulu sembang dengan seorang lecturer sejarah turkey tu, dia berasal dari situ. Dia kata İzmit ni bandar yang terjejas paling dasyat gempa bumi pada 17 Ogos 1999 dulu. Lebih kurang 17 ribu lebih kematian. Maybe disebabkan geografi dia yang memang menghadap laut marmara.


1st impression datang sini memang tenang. Sebab sepanjang perjalan dalam 45 mimit tu, lalu tepi pandai. view dia subhanallah.....x tergambar. And this place far less crowded dari istanbul. Turun je tren aman je rasa. Pastu jalan2 tepi pantai terus. 


paling x leh move on dengan gambar n taman ni


How to go there :



  1. bagi penduduk İstanbul macam kitorang senang je la. Amik bus yang kearah bosphorus bridge. Lepas amik bus kearah Pendik. Dari Pendik kami ambil Hızlı Tren(keretapi laju). Harga pergi 14TL.
  2. Bagi pelancong yang nak datang sendiri dari İstanbul, lagi senang naik subway metro ke Otogar. Otogar ni macam KL Central la. Dari situ beli tiket bus direct. Harga maybe 30 TL kut.
Where to stay :

jujur nya izmit ni x besar macam istanbul. kecik. Tarıkan Pelancong dia pun x banyak even compare to Istanbul. So, x perlu bermalam pun sebenarnya kalau dari istanbul tu bertolak awal.
  1. Hotel option kat İzmit kat main attraction dia + tepi laut tu banyak. start from 2 bintang. not that expensive. rate 65TL above sekepala. Tu tanya masa spring. 
  2. Camping x leh kut.
  3. Stay up maybe boleh. Tapi bandar nye mati la. Kecuali night clubs yang ada. hehe

Things to do :

Macam aku kata tadi, izmit x ada banyak tempat macam istanbul untuk dilawati. Tapi seronok nya sebab x crowded. Semua main attraction tu walking distance je. Most of the tourist akan pegi menara jam dia, rumah kolam air panas seorang bangsawan ni, muzium arkeoloji, muzium tentera laut night life kat street yang ala2 berlampu gitu, benda paling aku suka, lepak tepı pantai dia. perghhhh. best.

1. İzmit Clock Tower
tu clock tower dia. ada cafe atas tu. x mahal sangat kalau nak minum teh. dari situ dapat tengok permandangan İzmit Kocaeli ni. pegi malam pun best.


tugu Mustafa Kamal Ataturk sebelum naik ke clock tower tu

2. Selim Sirri Pasa Konagi
500m dari main central. Rumah salah seorang bangsawan masa zaman Usmaniyah dulu. Rumah ni baru lepas siap restoration kalau x salah dan dijadikan muzium. Ada guide yang akan ceritakan asal-usul rumah tu. Katanya pernah terbakar. Kedudukan tas bukit. Penat jugak nak daki. But worth it. sebab cantik. Dapat tengok full view izmit n tepi laut. fuhhh. Yang pelik nya. in turkish konak/konağı tu kolam, tapi kami x jumpa pun kolam tu. 
photoshoot kawin masa kitorang datang


pemandangan dari taman rumah tu nampak semua izmit
isi dalam rumah. x banyak gamabr sebab susah orang suka interframe








taman depan rumah muzium

3. Museum of Archaeology & Ethnography
100m dari stesen keretapi laju tu. Cari kemain jauhnya. Rupanya sekentut je punya dekat. Tak sebesar archeology museum in İstanbul. Mostly about Greek Empire. Certain benda yang x de kat istanbul, ada kat sini. fee- 5TL student, 10TL tourist, free for student wıth museum card.
from entrence


the god of season. musim sejuk,luruh dan bunga




kawasan larangan area muzium tu. x tahu kenapa



4. Gayret Gemi Museum


300m dari stesen tu. Sepatutnya fee dia 20TL x silap. Tapi kami dapat masuk free sebab ada sambutan apa tah. ehehe. Navy base in İzmit. Kapal selam dari Rusia. Panjang gila history dia. But nice. Plus, pengalaman dapat masuk kapal selam. hihi. jakun.











5. Sea side 
Senja2 pegi seronok sebab dalam tengok matahari terbenam. cantik. Ada cafe and restoran jual ikan. Nampak mahal. Kita pun dari petang duduk tepi laut makan kuaci je la yang mampu.
tepi2 tu banyak restoran


majestic view. rasa macam boleh nampak istanbul je kat seberang laut sana



6. İzmit Boulevard 

Malam-malam, tempat ni la yang hidup pun. Lampu-lampu, cafe, restoran, bar. taman-taman dia masa malam pun cantik.
x amik gambar2 bar tu. hehe


7. Theme Park and Sapanca lake

200m dari muzium tentera laut tu. Couple2 n family bersiar-siar kat sini. Ambil udara sambil tengok tasik. Near that tasik ada fun fair. hahaha. Tak de kijo kami perabih duit kat situ.

view dari feris wheel

conclusion, kepada student istanbul yang tension bosan dengan crowded nye istanbul ni boleh je buat sweet escape ke sini. x jauh sangat dan x payah sangat nak datang sini. 1 hari je mencukupi. pernah je terfikir nak pindah uni kat sini.hehe. 

bye.assalamualaikum





You Might Also Like

1 comments

comment